Rabu, Januari 27, 2010

Pantun Bunga Cakap, Pelemak Kata, Penyedap Bual, Rencah Perbualan, Buah Bicara

Kalau bercakap sesama tua,
banyaklah pantun pelemak kata.

Adat orang duduk berbual,
banyaklah pantun penyedap bual.

Kalau bercakap hendaklah sedap,
banyaklah pantun bunga cakap.

Kalau berbual berpanjangan,
banyaklah rencah perbualan.

Kalau duduk dalam bicara,
banyaklah pantun buah bicara.
Kalau yang tua duduk bercakap,
banyaklah pantun pemanis cakap

Kalau orang melabuh pukat
Carilah pancang kayu berdaun
Kalau kurang mengetahui adat
Carilah orang tahu berpantun

Kalau kayu hendak ditarah
Keratlah cabang dengan daunnya
Kalau ilmu hendak bertambah
Dekati orang dengan pantunnya

Apa guna daun kayu
Untuk tempat orang berteduh
Apa guna pantun Melayu
Untuk tempat mencari suluh

(Tenas Effendy)


Baca juga Pantun Melayu lainnya :
Pantun Pembuka
Pantun Jenaka
Pantun Percintaan
Pantun Perpisahan
Pantun Kias
Pantun Budi
Pantun Adat
Pantun Agama
Pantun Nasihat
Pantun Pahlawan
Pantun Teka-teki


Artikel bersempena

  • 14. Cerita Rakyat Melayu - 14.CERITA RAKYAT Di antara prosa khazanah Kepulauan Riau ialah cerita rakyat dan cerita tulisan para penulis daerah ini,baik lama maupun baru. Berikut ini ...